Langkau ke kandungan utama

Logo MPPG 2018

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Johor Darul Ta`zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan di Majlis Perbandaran Pasir Gudang:-

1. Pegawai Hidupan Liar G41

2. Penolong Pegawai Seni Bina JA29

3. Penolong Juruukur Bahan JA29

4. Penolong Jurutera JA29

5. Penolong Pegawai Tadbir N29

6. Penolong Pegawai Penilaian W29

7. Penolong Juruaudit W29

8. Penolong Akauntan W29

9. Penolong Pegawai Pertanian G29

10. Penolong Pegawai Penguat kuasa KP29

 

CARA MEMBUAT PERMOHONAN  :

 

  1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pasir Gudang dengan bayaran RM1.00 setiap borang yang boleh didapati di Kaunter Khidmat Pelanggan MPPG atau muat turun secara percuma melalui laman web www.mppg.gov.my.

 

  1. Semua permohonan hendaklah disertakan :-
    1. Salinan Kad Pengenalan dan Salinan Sijil Lahir
    2. Salinan Sijil-Sijil Persekolahan / Salinan Sijil Berhenti Sekolah
    3. Salinan Lesen Memandu
    4. Gambar warna berukuran passport
    5. Surat/dokumen-dokumen berkaitan jika ada, Serta dialamatkan kepada;

 

YANG DIPERTUA

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

ARAS 19, MENARA AQABAH

81700 PASIR GUDANG, JOHOR

(U.P: BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN :30 JANUARI 2020

 

  1. Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan 3 laporan penilaian prestasi tahunan yang terakhir sepertimana mengikut peraturan 17 Bab A Tahun 2005 dibawah peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat, dan penamatan Perkhidmatan).

 

  1. Hanya calon yang layak untuk ditemuduga sahaja akan dihubungi. Permohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap hendaklah menganggap permohonan mereka Berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah ditanggung oleh calon sendiri.

 

PERMOHONAN YANG AKAN DITOLAK:

 

  1. Borang permohonan yang tidak lengkap dan tidak ditandatangani
  2. Borang yang tidak disertakan dokumen yang lengkap
  3. Tidak mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan bagi kakitangan Kerajaan
  4. Borang yang diterima selepas tarikh tutup iklan
  5. Pemohon tidak memenuhi/ tidak menepati syarat-syarat lantikan jawatan yang diiklankan
  6. Tidak menyatakan gambar passport berwarna

                                              MUAT TURUN IKLAN             MUAT TURUN BORANG