Langkau ke kandungan utama

Dasar Kualiti

ISO 9001:2015 ( Quality Management System ) merupakan sistem pengurusan kualiti yang melibatkan proses kerja yang berkualiti oleh sesebuah organisasi. Pengurusan Majlis Bandaraya Pasir Gudang sentiasa menitik beratkan amalan kerja berkualiti serta tahun 1997 dalam memberikan perkhidmatan kepada kerajaan, parapelabur, komuniti setempat dan pemegang taruhnya.Proses kerja yang diamalkan di setiap jabatan, bahagian, dan unit serta warga kerja Majlis Bandaraya Pasir Gudang ini dipantau serta diaudit oleh badankualiti yang diiktiraf iaitu, SIRIM Berhad.

Majlis Bandaraya Pasir Gudang beritizam melaksanakan pengurusan yang berkualiti dan profesional serta melaksanakan penambahbaikan berterusan dan memastikan keberkesanan sistem bagi mencapai objektif kualiti nerdasarkan perkara-perkara berikut:

  1. Mengurustadbir kawasan Pasir Gudang secara gemilang dan lestari ke arah pembentukan persekitaran kehidupan yang sejahtera.

  2. Memastikan aktiviti dan projek-projek pembangunan yang dijalankan memberi manfaat kepada masyarakat

  3. Menekankan pembangunan holistik berdasarkan peruntukan Akta Kerajaan Tempatan dan selaras dengan dasar-dasar kerajaan.

  4. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan warga kerja melalui latihan yang berterusan

  5. Mempertingkatkan kerjasama dua hala dengan masyarakat bagi memperkasa komuniti.