Skip to main content

[Dibawah Seksyen 70(1), Akta Jalan Parit dan Bangunan(Akta 133)]

Sebarang pengubahsuaian rumah kediaman/komersial/industri di dalam kawasan MPPG perlu mendapat kelulusan bertulis daripada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Bagi mereka yang ingkar, tindakan perundangan boleh diambil oleh Majlis yang mana boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada RM25,000.00 (Ringgit Malaysia : Dua Puluh Lima Ribu sahaja) dan juga boleh dikenakan tambahan sebanyak RM250.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Lima Puluh Sahaja) bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

 

Untuk keterangan lanjut sila hadir atau hubungi : 
JABATAN KAWALAN BANGUNAN
Tel : 07-254 7777/07-251 3720
Arahan : 
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG