Skip to main content

Tawaran Request for Proposal ( RFP ) ini adalah dipelawa kepada semua Syarikat/Organisasi/Pemaju yang berkelayakan dan mempunyai pengalaman berkaitan untuk mengemukakan cadangan bagi projek seperti dipautan yang disediakan:

Notis RFP Final 28 Feb 2022

1. Dokumen tawaran akan dijual mulai 9 Mac 2022 (selepas taklimat) sehingga 29 Mac 2022 pada waktu pejabat dengan menggunakan Draf Bank, Kiriman Pos Berpalang, Kiriman Wang Pos atau Bayaran Secara Online atas nama MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG di Kaunter Pembayaran Pelbagai, Aras 1, Menara Aqabah, Pasir Gudang. Syarikat/ Organisasi/ Pemaju hendaklah membawa bersama Surat Wakil Kuasa semasa membeli dokumen RFP.


2. Dokumen Tawaran RFP yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri atau “seal” dan dimasukkan ke dalam peti RFP di Aras 1 Menara Aqabah, MBPG tidak lewat dari tarikh dan masa tutup iaitu sebelum atau pada 7 April 2022 ( Khamis ) jam 12.00 tengah hari.


3. MBPG tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran dan tidak akan menanggung kos yang terlibat dalam penyediaan tawaran ini. Sebarang pertanyaan mengenai RFP di atas sila emailkan ke zuraine@mbpg.gov.my atau danial.syafiq@mbpg.gov.my.

Maklumat lanjut mengenai iklan ini dan profil MBPG boleh dilayari di laman web kami https://www.mbpg.gov.my


Taklimat adalah melalui aplikasi zoom. Sila scan QR Code dipautan untuk pendaftaran awal (sebelum 9 Mac 2022)