Skip to main content

Pada 17/9/2022. Majlis Pengiktirafan Malaysia Book Of Records kepada Majlis Bandaraya Pasir Gudang MBPG atas kejayaan ini telah berlangsung pada jam 4.30 petang bertempat di Bukit

Layang-Layang, Taman Bandar, Pasir Gudang.

Sijil pengiktirafan telah disaksikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Azizul Bin Bachok, Ahli Dewan Negeri Tiram. Manakala penyampaian sijil pengiktirafan telah diserahkan oleh pegawai Malaysia Book of Records. Cik Siti Nurhanim Mohd Noh kepada En Mohd Hafiz Aliman, Setiausaha MBPG, selaku wakil rasmi Datuk Bandar Pasir Gudang. Hadir sama menyaksikan majlis penyerahan adalah ketua Whip Ahli Majlis MBPG iaitu Dato' Haji Mohd Amin bin Ahmad , Encik Sharil Nizam Bin Abdul Rahim, Pengarah Yayasan Warisan Johor, Dato' Haji A. Rahim bin Nin, Presiden Majlis Pelayang Malaysia dan Hj Hasrin Kamal Hashim, Yang Dipertua Persatuan Pelayang Johor.

Jangan ketinggalan untuk bersama-sama datang ke festival yang telah dianjurkan oleh Persatuan Pelayang Johor dan Majlis Pelayang Malaysia dengan mendapat kerjasama dan sokongan penuh Majlis Bandaraya Pasir Gudang serta agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program Festival Layang Layang Kebangsaan 2022.

Pelbagai aktiviti menarik menanti kunjungan anda termasuklah pameran oleh pelayang Malaysia dan banyak lagi.

Penuhkan masa bercuti umum dan hujung minggu anda bersama keluarga dengan menyaksikan Festival Layang-layang Pasir Gudang Peringkat Kebangsaan 2022

#majlisbandarayapasirgudang

#dynamicpasirgudang

img