Skip to main content

3/12/2022 MBPG melalui Bahagian Pembangunan Masyarakat hari ini telah menganjurkan program “Town Hall Datuk Bandar Pasir Gudang Bersama Komuniti” Bil. 2/2022 bertempat di Dewan Muafakat, Taman Sierra Perdana Pasir Gudang. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berusaha, En Mohd Hafiz bin Aliman, Setiausaha MBPG selaku wakil rasmi Datuk Bandar Pasir Gudang.

Selain ahli-ahli majlis MBPG dan ahli-ahli Jawatankuasa Penduduk (JKPZ) 24 zon di Pasir Gudang, majlis ini turut dihadiri oleh Ketua-ketua Jabatan Kerajaan dan Badan Berkanun yang telah diundang.

Sebagaimana lazim, segmen sesi dialog dua hala yang dianjurkan turut memberi peluang kepada perwakilan penduduk untuk berkongsi pandangan, menyampaikan hasrat dan cadangan untuk tujuan kemajuan dan pembangunan bandaraya Pasir Gudang.

Turut mengimarahkan majlis adalah dengan kehadiran Yang Berbahagia Encik Kamal Affandi bin Hashim, fasilitator dan penganalisis jenayah yang telah diundang khas bagi sesi perkongsian ilmu melalui ceramah motivasi yang telah disampaikan bertajuk “Kesedaran pencegahan jenayah di kalangan Komuniti”.

#majlisbandarayapasirgudang

#dynamicpasirgudang

img