MENU
                
 

SIMBOL-SIMBOL YANG TERTERA DALAM JATA MENJELASKAN MENGENAI CIRI-CIRI UTAMA MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG (MBPG)

  • Rasional Logo Majlis Bandaraya Pasir Gudang

    Simbol-simbol yang terdapat pada logo ini melambangkan MBPG adalah organisasi yang bertanggungjawab dan mempunyai peranan penting sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran dan pembangunan Pasir Gudang yang dijelaskan seperti berikut:

  • Mahkota

    Melambangkan kedaulatan pemerintahan sistem DiRaja yang merujuk kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan ( DYMM ) johor.

  • Dua ekor harimau memegang perisai

    Melambangkan ketegasan MBPG dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dan penguatkuasaan undang-undang.

  • Bulan Bintang

    Melambangkan segala aktiviti yang dijalankan adalah berlandaskan kepada nilai-nilai murni Islam yang dijunjung sebagai agama rasmi.

  • Perisai

    Melambangkan kredibiliti MBPG sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan.

  • Pokok dan kawasan hijau

    Melambangkan kehijauan Pasir Gudang sebagai sebuah bandar dalam taman dengan keindahan landskapnya. 

  • Simbol bangunan dalam bulatan

    Melambangkan pembangunan Pasir Gudang yang terancang, bersepadu dan menyeluruh yang seiring dengan pembangunan holistik yang disarankan oleh kerajaan.

  • Simbol IT dan bulatan kuning bergerigi

    Melambangkan terdapat pelbagai aktiviti dalam sektor perindustrian di Pasir Gudang yang meliputi industri berat, sederhana dan kecil serta berteknologi tinggi yang begitu pesat membangun dan menyumbang kepada pendapatan utama MBPG.

  • Kawasan Perairan dan Kapal

    Melambangkan kedudukan Pasir Gudang yang strategik sebagai pusat perdagangan antarabangsa di selatan semenanjung yang dilengkapi dengan dua buah pelabuhan utama.  

  • Bunga

    Melambangkan bunga rasmi Pasir Gudang iaitu Cempaka Jingga.

  • Pangsa

    Pangsa yang berada di bawah perisai berwarna kuning adalah melambangkan tanaman lada hitam  dan gambir iaitu hasil tanaman utama bagi kawasan Pasir Gudang suatu ketika dahulu.

  • Cogan Kata

    Cogan kata yang terdapat di bawah perisai adalah Gemilang, Lestari, Sejahtera iaitu Moto MBPG dalam tulisan jawi.

  • Warna emas dan kuning

    Melambangkan kesetiaan, kecemerlangan dan budaya kerja korporat anggota kerja MBPG.

  • Warna merah dan biru tua

    Melambangkan warna bendera Negeri Johor yang membawa maksud kawasan MBPG terletak dalam Negeri Johor Darul Takzim.