SIMBOL-SIMBOL YANG TERTERA DALAM LOGO DYNAMIC MENJELASKAN MENGENAI CIRI-CIRI UTAMA BANDARAYA PASIR GUDANG.
Perkataan Dynamic
Membawa maksud bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan kepada aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar di Pasir Gudang.
Bentuk Kargo
Melambangkan Pasir Gudang " Bandaraya Industri Dan Pelabuhan" iaitu sebagai pusat dagangan enterport terletak di selatan Semenanjung Malaysia.
D dan Y ( Imej Digital dan Kren )
Kepelbagaian teknologi pintar dalam operasi meghasilkan produk yang pelbagai dan berkualiti.
N dan C ( Imej Batu dan Paip )
Bandar Raya yang mempunyai infrastruktur serta kemudahan fasiliti yang effisyen serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada komuniti dan pemegang taruh.
Lambang 'A'
Bandar Raya berpelabuhan sebagai tonggak jaringan penjanaan ekonomi antarabangsa.
Lambang 'M'
Kepesatan pembangunan Pasir Gudang sebagai kawasan industri tidak meninggalkan elemen penjagaan alam sekitar.