Langkau ke kandungan utama

18/12/2022 l Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) telah menganjurkan Program Majlis Mesra Industri Bil. 2/2022 dengan jayanya pada hari ini bertempat di Amari Hotel, Johor Bahru.

Yang Berhormat Dato’ Asman Shah bin Abd Rahman, Datuk Bandar MBPG telah hadir bagi menyampaikan ucapan serta mempengerusikan Sesi Town Hall bersama pemain Industri di Pasir Gudang.

Program yang dianjurkan saban tahun ini sebagaimana kelaziman merupakan salah satu medium perantaraan dan platform bagi mengumpulkan pihak kluster industri bersama pihak pengurusan MBPG untuk saling berkongsi idea berkenaan penyelesaian isu-isu dan permasalahan bagi tujuan penambahbaikan pembangunan industri dan pelabuhan yang inklusif sebagaimana digariskan dalam pelan strategik 2021-2025 MBPG.

Sebanyak lima (5) tajuk pembentangan telah dibuat bersempena dengan program yang dianjurkan pada kali ini iaitu:

a. Taklimat Perkongsian Hasil Focus Group Discussion (FGD) Bagi Pemuliharaan Sungai Kim-Kim oleh Iskandar Regional Development Authority (IRDA)

b. Taklimat Permohonan Sistem Rawatan Kumbahan Berpusat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

c. Taklimat Cadangan Kitaran Semula Air Kumbahan Bagi Kawasan Industri oleh Prima Beringin Sdn. Bhd.

d. Taklimat Rancangan Kawasan Khas Industri Dan Pelabuhan Bandaraya Pasir Gudang

e. Taklimat Permit Sementara Bangunan Yang Tidak Berisiko Oleh Jabatan Bangunan MBPG

Semoga melalui perkongsian taklimat ini, pihak MBPG dapat memberikan pencerahan berkenaan halatuju pembangunan industri di Pasir Gudang, sesuai dengan tarafnya sebagai bandaraya industri dan pelabuhan yang dinamik serta makmur pada masa akan datang.

#MajlisMesraIndustri

#MajlisBandarayaPasirGudang

#DynamicPasirGudang

img