MENU

7 Oktober 2023 – Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) pada hari ini telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul 1445H Peringkat Pasir Gudang bertempat di Masjid Bandar Seri Alam. Sebanyak 29 kontigen mengambil bahagian terdiri daripada 1016 peserta mewakili jabatan kerajaan, agensi swasta, institut pengajian tinggi, sekolah-sekolah, jawatankuasa zon, kampung, masjid dan surau telah menyertai perarakan bermula kali ini di hadapan Sekolah Kebangsaan Seri Alam 1.

Selesai acara perarakan, majlis kemudiannya telah dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Yang Berbahagia Imam Masjid Bandar Seri Alam. Seterusnya muslimin muslimat diperdengarkan pula dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran oleh qari jemputan, Yang Berbahagia Tn Muhammad Asyraf Hairam Bin Tuan Rosli selaku Imam Masjid Wadi Hassan Johor Bahru. Sesi perkongsian ilmu dan ceramah telah disampaikan oleh Yang Berbahagia As Sheikh Haji Halid Bin Haji Sono, Kadi Besar Negeri Johor.

Manakala majlis penyampaian sumbangan kepada Masjid Bandar Seri Alam dan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi pertandingan perarakan dan kompang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohd. Fared bin Haji Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor dengan diiringi oleh Yang Berhormat Dato' Asman Shah Bin Abd. Rahman, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penganjuran program. Semoga melalui penganjuran program memberi keberkatan dan rahmat kepada kita semua.

#maulidurasulpasirgudang1445h

#majlisbandarayapasirgudang

#bandarayaindustridanpelabuhan

#dynamicpasirgudang