MENU

31 Oktober 2023 – Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada hari ini telah menganjurkan Sesi Taklimat Dan Undian Tapak Bagi Penjaja Jalan Tembikai 7, Taman Kota Masai. Pengundian telah disertai oleh seramai 71 orang penjaja berlesen di kawasan tersebut. Pendaftaran bermula sejak jam 8 pagi bertempat di Ballroom Cempaka Jingga, Aras 3, Menara Aqabah.

Acara telah dimulakan dengan ucapan aluan yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia, Tuan Haji Herman Irmadi Bin Ismail selaku Ahli Majlis Zon Kota Masai 3. Bagi tujuan pengurusan dan memberi kefahaman yang jelas kepada para penjaja beberapa siri taklimat telah dianjurkan dimana sesi pertama adalah taklimat daripada Bahagian Pelesenan yang telah disampaikan oleh YBhg. Dr Muhammad Razif Bin Ramlan selaku Ketua Bahagian Pelesenan MBPG. Manakala sesi taklimat Bahagian Kesihatan Awam telah disampaikan oleh Puan Siti Zaleha Binti Md Ghazali, Penolong Pegawai, Kesihatan Persekitaran dari Jabatan Kesihatan Awam, Persekitaran dan Pelesenan MBPG dan diikuti oleh taklimat Jabatan Penguatkuasaan yang telah disampaikan oleh Tuan Muhamad Nazri Bin Tongal selaku Ketua Jabatan Penguatkuasaan MBPG.

Antara perkara yang dimuktamadkan semasa sesi taklimat adalah berkaitan penempatan semula penjaja, kewajiban mengambil suntikan typhoid kepada penjaja pengendalian makanan dan kefahaman mengenai undang-undang kecil penjaja. Seterusnya proses undian tapak bagi penjaja sesi pagi, petang dan malam telah disempurnakan dengan jayanya. MBPG merakamkan ucapan setinggi terima kasih kepada pihak yang terlibat khususnya para penjaja yang telah menjayakan proses dapat berjalan dengan baik dan teratur.

#majlisbandarayapasirgudang

#dynamicpasirgudang

#bandarayaindustridanpelabuhan