Sarang Buaya Pasir Gudang
Sarang Buaya Tanjung Langsat merupakan pusat santuari atau tempat perlindungan buaya yang boleh dilawati bagi tujuan pembelajaran. Sarang Buaya ini dibina di dalam kawasan hutan paya bakau berhampiran dengan pelabuhan Tanjung Langsat .
Di Sarang Buaya ini, anda berpeluang untuk mendapatkan pengalaman baru seperti memberi makanan kepada buaya. Anda boleh mendapat permandangan pokok bakau yang cantik dengan melawat ke menara yang terdapat di Sarang Buaya ini. Pengunjung sarang buaya juga boleh membeli keychain dan patung berbentuk buaya serta baju gambar buaya sebagai cenderahati di kaunter cenderahati.
Untuk makluman, Sarang Buaya Pasir Gudang kini dibuka kepada pengunjung bermula 02 Januari 2022 pada setiap hari ISNIN hingga AHAD secara lawatan berkumpulan sahaja. (Maksimum 20 orang bagi setiap sesi lawatan). Tempahan sesi lawatan ke Sarang Buaya boleh dilakukan di laman sesawang https://forms.gle/G4UHYqFsTEUudA8t7
WAKTU LAWATAN
(Anggaran 1 jam 30 minit bagi setiap sesi lawatan)
HARI SABTU HINGGA KHAMIS :-
SESI 1 : 9.30 Pagi - 11.00 Pagi
SESI 2 : 11.00 Pagi - 12.30 Tengahari
SESI 3 : 2.30 Petang - 4.00 Petang
HARI JUMAAT :-
SESI 1 : 9.30 Pagi - 11.00 Pagi
SESI 2 : 3.00 Petang - 4.30 Petang
HARGA TIKET
KANAK-KANAK/ REMAJA
6 Tahun kebawah - Percuma
7 Tahun keatas - RM 4.00
13 Tahun keatas - RM 6.00
DEWASA
18 Tahun keatas - RM 8.00
WARGA EMAS - Percuma
Sebarang pertanyaan berkenaan Sarang Buaya
Pasir Gudang boleh di buat di talian:-
013-973 5233 (Dana Raj)
017-775 4599 (Nurul Waznah)
014-705 3403 (Firdaus)
Masjid Jamek Pasir Gudang
Masjid yang mula digunakan pada tahun 1989 ini menjadi sejarah apabila beberapa kali memenangi anugerah Lanskap Peringkat Kebangsaan bagi Kategori Masjid. Kombinasi senibina Islam dan lanskap buatan manusia menjadi mercu tanda di tengah-tengah kepesatan pembangunan Pasir Gudang. Ianya juga dijadikan sebagai lokasi bagi penganjuran beberapa aktiviti keagamaan seperti Sambutan Maulidur Rasul serta Majlis Perkahwinan Beramai-ramai di Pasir Gudang.