|
Peranan Pusat Setempat |
|
|
- Menyelaras dan memproses permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan permohonan pembangunan tanah di bawah peruntukan seksyen 124A dan 204D KTN;
- Memaklumkan keputusan kelulusan bagi permohonan kebenaran merancang dan pelan bangunan kepada pemohon.
- Membuat perakuan permohonan tanah kepada Pejabat Tanah; dan
- Menyediakan laporan status permohonan.
|
|
OSC Pra-Perundingan |
|
|
- Pihak OSC akan menerangkan kepada pihak pemaju yang ingin mengemukan pelan pemajuan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Pasir Gudang dan KPKT sebelum penyerahan dibuat.
- Pihak OSC akan memberikan senarai semak tentang keperluan pemajuan beserta panduan penyerahan dan spefikasi pelan yang ditetapkan.
- Borang-borang seperti yang dinyatakan dalam buku panduan OSC perlu di isi oleh pemaju dengan panduan pegawai yang terlibat.
|
|
Agensi - Agensi Yang Terlibat |
|
|
JABATAN DALAMAN (MBPG)
- Jabatan Perancang Bandar
- Jabatan Kejuruteraan
- Bahagian Kesihatan
- Jabatan Landskap
- Jabatan Bangunan
JABATAN LUARAN :
- Tenaga Nasional Berhad (TNB)
- Telekom Malaysia Berhad (TM)
- Syarikat Air Johor (SAJ)
- Jabatan Kerja Raya (JKR)
- Jabatan Perparitan & Saliran (JPS)
- Jabatan Alam Sekitar (JAS)
- Jabatan Perancang Bandar dan Desa(JPBD)
- Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru (PTD)
- Jabatan Mineral & Geosains (JMG)
- Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM)
- Indah Water Konsortium (IWK)
- Jabatan Perkhidmatan Pembetungan
- Jabatan Laut Wilayah SelatanJabatan Mineral Geosains
TANGGUNGJAWAB :
- Ketua Jabatan Perancang dan Pembangunan adalah bertanggungjawab di atas pengendalian proses OSC.
- Penolong Pegawai Perancang, Juruteknik Awam, Juruteknik Perancang Bandar dan Pembantu Tadbir adalah bertanggungjawab di dalam mengawal pelan-pelan, dokumen-dokumen dan lain-lain yang berkaitan.
|
|
Urus Setia Pusat Setempat |
|
Urusetia pusat setempat hendaklah terdiri daripada Pegawai Perancang Bandar dan Desa di Bahagian Perancangan di Pihak Berkuasa Tempatan. Terdapat 3 alternatif bagi cadangan struktur organisasi Urus Setia Pusat Setempat iaitu : |
|
|
- Struktur organisasi bagi PBT bertaraf bandaraya / perbandaran.
- Struktur organisasi bagi PBT bertaraf daerah yang berkemampuan dan
- Struktur organisasi bagi PBT bertaraf daerah yang kurang berkampuan.
|