|
|
Menerima Permohonan Masuk daripada PSP
- Menerima semua jenis pelan pembangunan mengikut keperluan pemajuan yang lengkap dengan tandantangan pemilik daripada PSP yang bertauliah seperti berikut :
- - Pelan Permohonan Kebenaran Merancang.
- Pelan Permohonan Bangunan. - Pelan Permohonan Kejuruteraan. - Pelan Permohonan Landskap.
- PSP perlu mematuhi senarai semak dan keperluan jabatan teknikal serta mengikut jenis permohonan. Seorang PSP adalah bertanggungjawab terhadap perjalanan projek dari hari penyerahan pelan kepada PBT sehingga kepada penyempurnaannya.
- Mendaftarkan memfailkan permohonan mengikut nombor turutan OSC.
- Unit OSC adalah bertanggungjawab terhadap perjalanan proses permohonan dari tarikh penyerahan pelan kepada unit OSC sehingga diluluskan untuk tindakan selanjutnya.
Portal OSC
- Menggunakan portal OSC untuk pemakluman kepada KPKT dan di pantau sepenuhnya oleh KPKT.
- Maklumat yang akan dimasukkan adalah jenis permohonan, jabatan tenikal yang berkaitan, mengemaskini ulasan agensi, mengeluarkan data untuk tindakan.
Agihan ke Jabatan Teknikal
- Pelan – pelan akan diedarkan ke Jabatan –Jabatan Teknikal ( seperti yang dinyatakan dalam definisi ) untuk semakan berdasarkan kepada keperluan teknikal suatu jabatan tersebut sebelum sebarang kelulusan atau penolakan dibuat.
- Bahagian OSC akan membuat pengedaran pelan atau dokumen ke jabatan – jabatan teknikal dalam tempoh 1 hari atau 2 hari dari tarikh penyerahannya kepada kaunter OSC.
Mesyuarat OSC
- Mesyuarat OSC melibatkan perbincangan pihak OSC dengan jabatan – jabatan teknikal dalam dan luaran yang terlibat.
- Mesyuarat ini diadakan sebanyak 2 kali dalam masa sebulan.
- Sebarang keputusan berkenaan projek akan diputuskan dan akan diumumkan kepada pihak PSP untuk sebarang tindakan.
Keputusan Mesyuarat OSC
- Terdapat empat (4 ) jenis kategori keputusan iaitu lulus, tangguh , lulus bersyarat dan tolak.
- Sebarang keputusan berkenaan projek akan diputuskan dan akan diumumkan kepada pihak PSP untuk sebarang tindakan.
- Permohonan yang ditolak akan dirujuk kembali kepada pihak PSP untuk sebarang tindakan.
- Permohonan yang diluluskan akan dibawa ke proses seterusnya.
|