Langkau ke kandungan utama

29 Mei 2025, MBPG merakamkan penghargaan kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) atas penganjuran program yang penuh makna ini di Menara Aqabah MBPG malam tadi 28 Mei 2025.

Majlis yang turut dihadiri oleh Yang Berhormat Tuan Haji Azizul bin Bachok, ADUN Tiram dan Profesor Dato’ Dr. Mohd Foad bin Sakdan, Naib Canselor UUM menjadi platform penting memperkukuh jaringan strategik antara universiti, agensi dan alumni di negeri Johor.

Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang dalam ucapan beliau menzahirkan komitmen MBPG untuk terus mendukung pembangunan modal insan dan profesionalisme warga kerja melalui kerjasama pintar bersama institusi pendidikan tinggi.

Terima kasih juga kepada FIMA Bulking Services Berhad atas tajaan program ini. Semoga sinergi ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kolaborasi pada masa akan datang.

MOU UUM THUMBNAIL