Langkau ke kandungan utama

25 April 2025, MBPG telah menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri dengan kerjasama pihak industri dan pemaju perumahan bertempat di Dataran Mahkota, Pasir Gudang.

Majlis yang disambut penuh kemeriahan ini dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk warga Pasir Gudang, kakitangan MBPG, pemimpin komuniti serta wakil-wakil industri dan pemaju perumahan.

Turut hadir, YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang, Yang Dihormati Datin Masrita binti Masnun, Pengerusi PUSPANITA MBPG serta YB Tuan Haji Azizul Bachok, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram.

Majlis dimulakan dengan selawat dan marhaban diikuti dengan bacaan doa, sebelum para tetamu menikmati jamuan Aidilfitri yang disediakan. Suasana bertambah meriah dengan persembahan artis jemputan disusuli kemuncak acara pertunjukan bunga api yang menerangi langit Dataran Mahkota, menutup majlis dengan penuh warna dan kegembiraan.

MBPG merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penaja dan rakan strategik yang telah bersama-sama menjayakan majlis ini. Sokongan dan kerjasama yang diberikan amat dihargai, mencerminkan eratnya hubungan antara pihak berkuasa tempatan dan komuniti industri setempat.

Semoga jalinan ukhuwah ini terus diperkukuh dan Aidilfitri menjadi simbol perpaduan serta keharmonian di Bandaraya Pasir Gudang.

RAYA MBPG THUMBNAIL