SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU 2024
OPERASI WARGA ASING DAN ASRAMA PEKERJA PASIR GUDANG
10 September 2024, Majlis Bandaraya Pasir Gudang bersama Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor, Jabatan Imegresen Negeri Johor, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Johor dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Johor telah melaksanakan serbuan terhadap 14 buah premis yang dihuni oleh warga asing di sekitar kawasan pentadbiran MBPG.
Serbuan ini telah berjaya menahan seramai 8 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) hasil daripada 72 jumlah orang yang diperiksa, dibawah Akta Imigresen 1959/63 Seksyen 6(1)(c), di atas kesalahan tidak mempunyai dokumen yang sah.
JOM JUMPA RAKYAT MBPG DI KIPMALL MASAI, TAMAN BUKIT DAHLIA.
7 September 2024, MBPG menyediakan kemudahan perkhidmatan secara bergerak kepada komuniti di sekitar Kipmall Masai, Taman Bukit Dahlia. Pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan sepanjang program berlangsung antaranya Cukai, Lesen, Permit, Kompaun, Sispaa, Kitar Semula Pandu Lalu dan Sewaan.
MBPG mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir sepanjang program berlangsung! Semoga kita berjumpa lagi di siri Jom Jumpa Rakyat yang akan datang.