JPCOB MBPG BERSAMA PEMAJU MENGADAKAN SESI TAKLIMAT BERSAMA PENDUDUK MIDAS SERI ALAM
20 April 2025, Jabatan Penilaian dan Pesuruhjaya Bangunan (JPCOB) MBPG telah mengadakan sesi taklimat dan perbincangan bersama penduduk skim pemajuan Midas Seri Alam bertempat di Dewan Serbaguna, Blok B, Tingkat 5, Midas Bandar Seri Alam pada hari ini.
Sesi taklimat ini bertujuan untuk memberikan pemahaman yang jelas dan komprehensif berkaitan permohonan remisi di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) serta pengurusan bangunan strata menurut Akta Pengurusan Strata 2013 (SMA).