PROGRAM BUBUR LAMBUK PERDANA PASIR GUDANG 2025
16 Mac 2025, MBPG telah menganjurkan Program Bubur Lambuk Perdana Pasir Gudang 2025 bertempat di Masjid At-Taqwa, Taman Kota Masai pada hari ini.
Program ini melibatkan kerjasama erat daripada pelbagai komuniti dan agensi, termasuk 24 Zon Ahli Majlis MBPG, Usahawan Rerort MBPG, Lotte Chemical Titan (M) Sdn Bhd, Majlis Belia Negeri Johor, Balai Polis Pasir Gudang, KSK dan Anulae MBPG, Masjid AL-ULYA Taman Air Biru, Masjid At-Taqwa Taman Kota Masai, serta KRT Jalan Nenas.
DATUK BANDAR PASIR GUDANG SANTUNI PENIAGA BAZAR RAMADAN JALAN BANDAR
13 Mac 2025, Hari ini YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang telah berkesempatan menyantuni para peniaga di Bazar Ramadan Jalan Bandar.
Dalam lawatan ini, beliau turut membeli juadah sebagai tanda sokongan kepada peniaga tempatan serta meluangkan masa beramah mesra dengan para pengunjung yang hadir. Selain itu, Datuk Bandar juga berbesar hati mengagihkan makanan kepada para pengunjung sebagai tanda penghargaan dan semangat kebersamaan sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
‘WALKABOUT’ CUKAI HARTA BERSAMA DATUK BANDAR
10/03/2025 - MBPG telah melaksanakan Program ‘Walkabout’ Cukai Harta Bersama Datuk Bandar bagi menyampaikan Anugerah Industri Cemerlang Cukai Harta 2024 kepada pegangan perindustrian yang komited dalam menjelaskan cukai harta.
* Bahru Stainless Sdn. Bhd.
* Dialog Terminals Langsat (1) Sdn. Bhd.
* MSM Malaysia Holdings Berhad
Selain itu, pegangan perindustrian berikut juga turut menerima pengiktirafan "Industrial Towards Johor Green Deal" di atas inisiatif dan usaha melestarikan alam sekitar dalam operasi harian pegangan tersebut.
CERAMAH ‘KESEDARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN’ BERSAMA ALLSKILLS CENTRE SDN. BHD.
6 Mac 2025, Warga kerja MBPG telah menghadiri Ceramah Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang diadakan di Ballroom Cempaka Jingga, Aras 3, Menara Aqabah, MBPG hari ini.
Ceramah ini dianjurkan dengan kerjasama Allskills Centre Sdn. Bhd. bagi meningkatkan kesedaran mengenai aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Antara fokus utama yang dikongsikan adalah langkah-langkah pencegahan risiko, kepatuhan terhadap prosedur keselamatan, serta kepentingan menjaga kesihatan bagi memastikan persekitaran kerja yang lebih selamat dan kondusif.
MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG (MBPG)
27 Februari 2025, MBPG telah mengadakan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Dewan Muafakat Taman Mawar pada hari ini sebagai manifestasi komitmen berterusan dalam membudayakan integriti serta menolak sebarang bentuk rasuah.
Majlis dimulakan dengan ceramah bertajuk “Rasuah Dihina, Maruah Dibina” yang disampaikan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), diikuti dengan sesi pengenalan serta lafaz ikrar oleh warga kerja baharu.