MAJLIS PENUTUP KARNIVAL PENCAK SILAT BERADAT ANTARABANGSA PIALA DATUK BANDAR PASIR GUDANG 2024 KALI KE – 3
Pada 25-28 Disember 2024, MBPG dengan kerjasama PESAKA Daerah Johor Bahru telah menganjurkan Karnival Pencak Silat Beradat Antarabangsa Piala Datuk Bandar Pasir Gudang 2024 Kali Ke - 3 di Atrium Kompleks Pusat Bandar, Pasir Gudang.
Sebanyak 16 pasukan menyertai karnival ini. Pasukan terdiri daripada negara Malaysia sebagai tuan rumah, Indonesia dan Singapura. Terdapat 3 kategori yang dipertandingkan iaitu, Kategori Pra Remaja Usia 12-13 Tahun, Kategori Remaja (14-17 Tahun) dan Dewasa (18-45 Tahun).