Langkau ke kandungan utama

SEKITAR HARI PERTAMA PESTA TEROKAI DUNIA BUKU PASIR GUDANG

2 Mei 2025, Hari pertama membuka tirai dengan penuh warna dan semangat Pelbagai aktiviti menarik telah berjaya mencuri tumpuan pengunjung:

 

• Pertandingan mewarna dan karaoke cilik 

• Ceramah pendidikan dan sesi perkongsian ilmu 

• Persembahan pelajar & kebudayaan tempatan 

• Petting zoo, jualan buku, kraf tangan & food truck 

• Cabutan bertuah yang dinanti ramai

 

Program ini akan berlangsung sehingga 5 Mei 2025. Jemput hadir dan berikan sokongan anda sepanjang pesta ini berlangsung.

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG ANJURAN BERSAMA INDUSTRI DAN PEMAJU PERUMAHAN

25 April 2025, MBPG telah menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri dengan kerjasama pihak industri dan pemaju perumahan bertempat di Dataran Mahkota, Pasir Gudang.

Majlis yang disambut penuh kemeriahan ini dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk warga Pasir Gudang, kakitangan MBPG, pemimpin komuniti serta wakil-wakil industri dan pemaju perumahan.

LAWATAN PENANDAARASAN BANDAR PINTAR DAN BANDAR RENDAH KARBON MBPG KE PERBADANAN PUTRAJAYA

30 April 2025, Delegasi MBPG yang diketuai oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang, telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Perbadanan Putrajaya bagi meninjau pelaksanaan inisiatif Bandar Pintar dan Bandar Rendah Karbon di Putrajaya.

Lawatan ini bertujuan memperkukuh pengetahuan dan perkongsian amalan terbaik dalam pelaksanaan elemen bandar pintar yang merangkumi infrastruktur digital, sistem pemantauan pintar, pengangkutan bersepadu, pengurusan tenaga hijau serta teknologi rendah karbon yang digunakan di Putrajaya.

PERLAWANAN PIALA SUMBANGSIH LIGA BANDARAYA PASIR GUDANG 2025

Perlawanan pembukaan Liga Bandaraya Pasir Gudang 2025 menyaksikan perebutan Piala Sumbangsih di antara dua pasukan hebat:

Johor Port FC ( Naib Johan Liga Piala Datuk Bandar Pasir Gudang 2024) dan JMF FC (Naib Johan Piala FA 2024)

KEPUTUSAN PENUH: Johor Port FC 1- 1 JMF FC (JMF FC menang sepakan penalti 1-4) Tahniah diucapkan kepada pasukan JMF FC atas kemenangan ini.

Walaupun tewas di penentuan penalti, Johor Port FC tetap mempamerkan semangat juang yang tinggi sepanjang perlawanan.

DATUK BANDAR PASIR GUDANG RASMIKAN KLINIK MBPG

18 April 2025, YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang telah merasmikan Klinik Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) yang ditubuhkan sejak April 2023 di bawah Jabatan Kesihatan Awam, Persekitaran dan Pelesenan pada hari ini.

Penubuhan klinik ini bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan rawatan kesihatan secara percuma kepada semua warga kerja MBPG sebagai salah satu inisiatif kebajikan dalaman.