SIMBOL-SIMBOL YANG TERTERA DALAM JATA MENJELASKAN MENGENAI CIRI-CIRI UTAMA MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG (MPPG)
- Rasional Logo Majlis Perbandaran Pasir Gudang
Simbol-simbol yang terdapat pada logo ini melambangkan MPPG adalah organisasi yang bertanggungjawab dan mempunyai peranan penting sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran dan pembangunan Pasir Gudang yang dijelaskan seperti berikut :
|
Melambangkan kedaulatan pemerintahan sistem DiRaja yang merujuk kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan (DYMM) Johor.
|
- Dua ekor harimau memegang perisai
Melambangkan ketegasan MPPG dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dan penguatkuasaan undang-undang.
|
- Bulan Bintang
Melambangkan segala aktiviti yang dijalankan adalah berlandaskan kepada nilai-nilai murni Islam yang dijunjung sebagai agama rasmi.
|
- Perisai
Melambangkan kredibiliti MPPG sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan.
|
- Pokok dan kawasan hijau
Melambangkan kehijauan Pasir Gudang sebagai sebuah bandar dalam taman dengan keindahan landskapnya.
|
- Simbol bangunan dalam bulatan
Melambangkan pembangunan Pasir Gudang yang terancang, bersepadu dan menyeluruh yang seiring dengan pembangunan holistik yang disarankan oleh kerajaan.
|
- Simbol IT dan bulatan kuning bergerigi
Melambangkan terdapat pelbagai aktiviti dalam sektor perindustrian di Pasir Gudang yang meliputi industri berat, sederhana dan kecil serta berteknologi tinggi yang begitu pesat membangun dan menyumbang kepada pendapatan utama MPPG.
|
- Kawasan Perairan dan Kapal
Melambangkan kedudukan Pasir Gudang yang strategik sebagai pusat perdagangan antarabangsa di selatan semenanjung yang dilengkapi dengan dua buah pelabuhan utama.
|
Melambangkan bunga rasmi Pasir Gudang iaitu Cempaka Jingga.
|
Pangsa yang berada di bawah perisai berwarna kuning adalah melambangkan tanaman lada hitam dan gambir iaitu hasil tanaman utama bagi kawasan Pasir Gudang suatu ketika dahulu.
|
Cogan kata yang terdapat di bawah perisai adalah Gemilang, Lestari, Sejahtera iaitu Moto MPPG dalam tulisan jawi.
|
Melambangkan kesetiaan, kecemerlangan dan budaya kerja korporat anggota kerja MPPG.
|
Melambangkan warna bendera Negeri Johor yang membawa maksud kawasan MPPG terletak dalam Negeri Johor Darul Takzim.
|
|