FUNGSI UTAMA JABATAN KEWANGAN ;
Jabatan Kewangan Adalah Untuk Menguruskan Sumber Kewangan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) Dengan Efisyen Bagi Memastikan MBPG Mendapatkan Hasil Yang Maksima dan Menguruskan Perbelanjaan Secara Optimum Tanpa Mengabaikan Kepentingan Pelanggan/Pembayar Cukai.
Perkara-perkara yang diambil kira adalah seperti berikut :-
a. Memastikan kutipan hasil dilaksanakan dengan cekap dan berintegriti melalui pelbagai saluran kutipan hasil.
b. Memastikan perbelanjaan mengurus dan pembangunan dibuat berdasarkan belanjawan yang telah diluluskan.
c. Menyimpan rekod-rekod kewangan dan perakunan secara teratur dan sistematik.
d. Menguruskan Lebihan Tunai Melalui Pelaburan Dalam Simpanan Tetap Atau Pelaburan Lain Yang Diberikan Pada Kadar Yang Paling Menguntungkan.
e. Mematuhi Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling-Pekeliling Perbendaharaan Yang Di Kuatkuasakan.