Skip to main content

25/6/2021 | YB Dato’ Asman Shah bin Abd Rahmah, Datuk Bandar Pasir Gudang telah menyampaikan bantuan kepada 34 peniaga yang terkesan akibat ribut di Tapak Penjaja Jalan Sena, Taman Rinting pada 24/6/2021.

Melalui Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 2.0 iaitu Penjaja yang berlesen layak menerima bantuan RM 500 setiap seorang. MBPG telah melaksanakan inisiatif tersebut pada hari ini dengan mendahulukan kepada penjaja di Taman Rinting yang terkesan disebabkan bencana ribut yang melanda semalam. Turut memberi sumbangan berupa barang keperluan asas ialah Ahli Majlis Zon Rinting 1, En Mohamad Farid bin Abdul Razak.

Pihak Maxis turut memberi sumbangan sebuah khemah setiap seorang penjaja bagi menggantikan khemah mereka yang rosak disebabkan ribut yang melanda semalam dan diserahkan oleh En Mazlan Mokhtar. Ketua Bahagian Selatan Maxis Berhad.

Semoga dengan batuan ini dapat meringankan beban peniaga di Tapak Penjaja Jalan Sena, Taman Rinting, Pasir Gudang yang terkesan akibat bencana yang telah menimpa mereka semalam.

Terika kasih diucapkan kepada yang hadir dalam membantu menyampaikan bantuan kepada peniaga-peniaga yang terkesan.

img