Skip to main content

25/6/2021 MBPG melalui Jabatan Kesihatan Awam Dan Persekitaran semalam selesai melaksanakan kerja-kerja sanitasi awam khusus di beberapa kawasan perkedaian Bandar Masai bertempat di Jalan Cempaka, Jalan Kiambang, Jalan Bayan, Jalan Berkek, Jalan Belibis, Jalan Bunga Dahlia, Terminal Bas & Teksi serta di Jalan Masai Lama.

Perlaksanaan sanitasi awam telah berjalan lebih lancar berikutan sepanjang tempoh PKP 3.0 kali ini operasi perniagaan hanya dibenarkan setakat sehingga jam 8.00 malam dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pemilik premis.

Kerja-kerja sanitasi akan terus dilaksanakan dari semasa kesemasa oleh MBPG khusus di kawasan tumpuan ramai secara berkala bagi memastikan ianya selamat dikunjungi disamping mengawal penularan pandemik Covid-19.

Peniaga dan orang ramai sentiasa dinasihati untuk terus bersama-sama mematuhi SOP dan sentiasa mengamalkan 6M iaitu :

i) Masuk & Keluar Premis Mengikut Laluan

ii) Memakai Pelitup Muka

iii) Mengimbas Suhu

iv) Mengimbas Kod QR MySejahtera

v) Menjaga Jarak Fizikal

vi) Mengamalkan Kebersihan Diri

img