Skip to main content

02/01/2022 | Satu majlis menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh semua warga kerja Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Serbaguna Taman Mawar.

Majlis lafaz ikrar telah diketuai oleh Tuan Haji Mohd Yusof bin Abdul Wahab selaku Timbalan Setiausaha MBPG. Beliau kemudiannya turut menyerahkan dokumen IBR yang telah ditandatangani kepada YB. Dato’ Asman Shah bin Abd Rahman, Datuk Bandar MBPG dengan disaksikan oleh YBhg. Datuk Hj Azmi bin Hj Alias, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) Negeri Johor.

Majlis sebelum itu turut diisi dengan ucapan serta taklimat oleh Pengarah SPRM Johor selain acara gimik tayangan montaj pelbagai agensi kerajaan oleh pihak sekretariat.

img