Skip to main content

Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) bersama PDRM telah menjalankan operasi Penjaja Jalanan di kawasan Pentadbiran Bandaraya Pasir Gudang secara berkala.

Operasi Bersepadu ini dilaksanakan selama beberapa minggu ini bagi memastikan penjaja jalanan ini tidak menjalankan aktiviti perniagaan mereka di tepi-tepi jalan dan di kawasan lampu isyarat.

Operasi ini juga dilaksanakan diatas aduan orang awam bagi menjamin keselamatan penjaja itu sediri dan pengguna jalan raya yang melalui lampu isyarat khususnya. Ianya juga bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

MBPG menyarankan penjaja jalanan ini menghentikan perniagaan dijalanan dan boleh menjalankan perniagaan di kawasan yang telah dibenarkan oleh MBPG.

img