Skip to main content

Bermula 10 April 2022 bersamaan 8 Ramadan 1443h Melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat pada hari ini telah mula melaksanakan Program “Iftar Jamaei, Imarah Tarawih” bersama Datuk Bandar Pasir Gudang. Program yang berlangsung sepanjang Ramadan 1443 Hijriah ini akan melibatkan 25 buah masjid dan surau di 24 zon penduduk bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Pasir Gudang.

Jadual Pengiliran Masjid dan Surau Bagi Program “IFTAR JAMAEI, IMARAH TARAWIH”

Bersempena dengan permulaan program, YB. Dato’ Asman Shah bin Abd Rahman selaku Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada hari ini telah meluangkan masanya dengan berbuka puasa dan solat maghrib bersama qariah Masjid terpilih disekitar Pasir Gudang.

Seterusnya bagi megimarahkan dan memuliakan program yang dianjurkan, Datuk Bandar dan Jabatan Pembangunan Masyarakat juga turut menyampaikan sumbangan kepada asnaf terpilih disetiap masjid dan surau.

#dynamicpasirgudang

#majlisbandarayapasirgudang

img