Skip to main content

21 Ogos 2022 : Majlis Bandaraya Pasir Gudang melalui Bahagian Pembangunan Masyarakat telah menganjurkan program Gotong Royong Tanah Perkuburan Mutmainnah Pasir Gudang bagi tahun 2022.

Program dimulakan dengan tahlil arwah dan zikir ringkas pada jam 8 pagi. Program turut disertai oleh seramai 120 orang sukarelawan daripada pelbagai agensi iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat, Persatuan PG Care, Penduduk Kampung Pasir Gudang Baru, petugas-petugas Mystep dan Unit Tindakan Khas MBPG. Fokus utama program gotong royong yang berlangsung adalah membersihkan kawasan tapak perkuburan lama di kawasan Zon A.

Sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang prihatin terhadap kepentingan komuniti dan kebajikan, matlamat penganjuran program ini adalah sebagai salah satu usaha bagi melahirkan rasa tanggungjawab serta kesedaran komuniti setempat dalam menjaga kebersihan dan keindahan kawasan tanah perkuburan. Selain itu, aktiviti ini merupakan aktiviti kerohanian dan jasmani yang memberikan manfaat kepada komuniti sendiri.

Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan tamat pada jam 12.00 tengahari. MBPG merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh sukarelawan-sukarelawan yang terlibat.

#majlisbandarayapasirgudang

#dynamicpasirgudang

img