Skip to main content

Majlis Bandaraya Pasir Gudang melalui Bahagian Pembangunan Masyarakat telah menganjurkan program Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Penunggang Penghantar Makanan : Your Life Matters.

Program yang dimulakan pada jam 9.00 pagi ini telah dimulakan dengan ceramah kesedaran keselamatan jalan raya oleh Tuan Shahrul Bin Sumadi, Penolong Pegawai Penguatkuasa dari Jabatan Pengangkutan Jalan. Seterusnya program diteruskan dengan ceramah kesedaran perlindungan diri oleh Pegawai dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Puan Fatin Anati Auji Bin Mohd Akmal dan kemuncak program sesi perkongsian pengalaman From Zero to Hero dari Selebriti Tuan Haji Nabil Bin Ahmad.

Program ini telah disertai oleh penunggang penghantar makanan sekitar Pasir Gudang dari pelbagai operator penghantar makanan seperti Grabfood, FoodPanda, ShopeeFood, Lalamove, McDelivery dan PizzaHut. Pengisian program turut diserikan dengan cabutan hadiah bertuah kepada peserta dan pemberian baucar minyak percuma.

Sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang prihatin terhadap kepentingan komuniti dan kebajikan, matlamat penganjuran program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan di atas jalan raya di kalangan Penunggang Penghantar Makanan dan masyarakat setempat, untuk memberikan pendidikan mengenai keperluan perlindungan keselamatan diri sebagai salah satu langkah perlindungan diri dari kemalangan dan bahaya, selain itu ianya juga bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dari sudut peraturan dan undang-undang di atas jalan raya dengan menerima penerangan dari Pihak Berwajib dan sebagai medium bertukar pandangan dan pendapat mengenai pengalaman dan kemahiran masing-masing di dalam bidang penghantaran makanan bermotor.

Program ini telah berlangsung dengan jayanya dengan kerjasama dari pelbagai pihak seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Pertubuhan Keselamatan Sosial, Petronas Bandar Seri Alam 2 dan syarikat operator penghantar makanan. MBPG merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan di atas kerjasama yang telah diberikan oleh peserta dan agensi yang terlibat.

#majlisbandarayapasirgudang

#dynamicpasirgudang

#bandarrayaindustridanpelabuhan

 

img