Skip to main content

TARIKH : 26/1/2023, WAKTU: 9.00 PAGI HINGGA 7.00 MALAM Hujan lebat berterusan yang berlaku di negeri Johor sejak kelmarin baru-baru ini turut menjejaskan kawasan Pasir Gudang khususnya yang terletak di kawasan rendah. Lanjutan dari kejadian tersebut Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dan Southern Volunteer Pasir Gudang (SVPG) telah menggerakkan seramai 26 orang anggota bagi membantu kerja-kerja pembersihan bagi meringankan beban mangsa-mangsa yang rumah-rumah mereka yang ditengelami air.

Pada hari ini sebanyak tiga buah premis kediaman dan sebuah surau telah dapat dilaksanakan kerja-kerja pembersihannya dengan menggunakan peralatan yang dibawa seperti Waterjet, Penolak Air, Penyapu, Cangkul, Plastik dan tong sampah serta cangkul pembersih longkang. Operasi telah bermula dari sejak jam 9.00 pagi dan ditamatkan pada jam 7.00 malam

Laporan bagi operasi bantuan yang terlibat :

Premis 1 : Encik Mahat dan Puan Zaleha Uzir

Penghuni : 3 orang sekeluarga

Jenis Bantuan : Kerja-kerja pembersihan dalam rumah. Menyisih peralatan rumah yang mengalami kerosakan dan yang masih boleh digunakan. Membersih sampah sarap kesan dari banjir.

Situasi : Dalam rumah telah surut tetapi keadaan sekeliling rumah masih digenangi air.

Premis 2 : Puan Farhana

Penghuni : Tinggal bersama suami, ibu dan 3 org anak

Jenis Bantuan : Pembersihan sekeliling rumah mangsa dan membantu mangsa mengangkat barang-barang yg tidak diperlukan.

Premis 3 : Surau Kg. Desa Pingitan, Sg Penderam

Jenis Bantuan : Kerja- kerja pembersihan permaidani surau, lantai surau bahagian luar dan dalam, tandas surau, ruang kosong dan membersihkan sampah di kawasan sekeliling surau.

Premis 4 : Puan Norhafizah

Penghuni : Tinggal bersama suami dan 4 orang anak

Jenis Bantuan : Mengangkut air dari perigi berdekatan untuk membersihkan rumah mangsa. Kerja-kerja yang dilakukan adalah pembersihan rumah, pengumpulan barang dan baju yg telah rosak akibat banjir, membina benteng pasir sementara bagi menghalang air masuk ke rumah mangsa, membantu membuat longkang sementara untuk pengaliran air hujan dan mengangkat air dari perigi untuk kegunaan mangsa banjir.

Situasi : Rumah ini tiada kemudahan air paip dan menggunakan sepenuhnya air perigi.

img