Skip to main content

29 Januari 2023 YB. Dato’ Asman Shah bin Abd Rahman, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) pada hari ini telah berkesempatan menyempurnakan Majlis Istiadat Penyerahan Riben Perkhidmatan serta Pemakaian Pangkat kepada Anggota Penguatkuasa, Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan.

Acara pemeriksaan barisan Oleh YB Datuk Dandar terlebih dahulu telah berlangsung di Dataran Al-Hamra yang kemudiannya diikuti dengan Majlis Istiadat Pemakaian Penyerahan Riben Perkhidmatan serta Pemakaian Pangkat di Ballroom Cempaka Jingga, Aras 3, Menara Aqabah.

Pemakaian Penyerahan Riben melibatkan seramai 10 orang pegawai dan 46 anggota penguatkuasa manakala seramai 15 orang anggota menerima kenaikan pangkat Pembantu Penguatkuasa Gred KP22 (KUP).

Turut hadir menjayakan majlis adalah En. Mohd Hafiz bin Aliman, Setiausaha MBPG, YBhg. Dato’ Hj. Mohd Amin bin Ahmad, Ketua Whip dan Ahli-ahli Majlis MBPG, En. Abdul Malek bin Mohamed, Ketua Jabatan Khidmat Pengurusan MBPG dan En. Nurazam bin Razali selaku Pegawai Undang Undang merangkap Ketua Jabatan Undang-undang dan Penguatkuasaan MBPG.

img

 

#MajlisBandarayaPasirGudang

#BandarayaIndustriDanPelabuhan