Skip to main content

Majlis Bandaraya Pasir Gudang melalui Bahagian Bahagian Audit Dalam dan Integriti telah menganjurkan ceramah bertajuk "Setapak Penentu Kehidupan" bersama Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Johor pada 13 Mac 2023 bertempat di Dewan Serbaguna Taman Mawar, Pasir Gudang.

Ceramah ini disampaikan oleh Pegawai AADK, Encik Muhamad Zulhilmi bin Ahmat bersama Encik Salmi bin Jusof yang menguruskan pameran AADK.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Abdul Malek bin Mohamed, Ketua Jabatan Khidmat Pengurusan selaku wakil Rasmi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang.

Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan tamat pada jam 11.30 pagi. MBPG merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan oleh warga kerja MBPG yang terlibat.

#majlisbandarayapasirgudang

#dynamicpasirgudang

#bandarrayaindustridanpelabuhan

img