Skip to main content

27/3/2023 Program “Iftar Jamaei, Imarah Tarawih” 1444H Majlis Bandaraya Pasir Gudang bersama Komuniti anjuran Bahagian Pembangunan Masyarakat telah bermula pada hari ini. Program yang berlansung sepanjang Ramadan ini akan melibatkan 12 buah masjid dan surau di 12 zon penduduk bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG).

Bersempena dengan permulaan program, YB. Dato’ Asman Shah bin Abd Rahman selaku Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada hari ini telah meluangkan masanya dengan berbuka puasa dan solat maghrib bersama qariah Surau Taman Tg. Puteri Resort yang terletak di Jalan Lampam 21. Selepas daripada masjid tersebut, beliau kemudiannya meneruskan acara dengan bergerak menuju ke Masjid Taman Pasir Putih di Jalan Canggung bagi mengerjakan solat tarawih dan menyantuni acara moreh yang disediakan oleh pihak qariah masjid berkenaan.

Datuk Bandar Pasir Gudang turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM1000 kepada pihak Masjid dan surau berkaitan selain sumbangan bantuan kepada 10 orang asnaf bagi setiap masjid dan surau.

Turut hadir menyerikan majlis, Tn. Hj. Zainal Basiran, selaku Ahli Majlis merangkap Pengerusi JKPZ Zon Tanjung Puteri.

#IftarJamaeiImarahTarawih

#dynamicpasirgudang

#bandarrayaindustridanpelabuhan

img