Skip to main content

1/6/2023 Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) pada hari ini telah menerima lawatan kerja daripada Majlis Perbandaran Sg. Petani, Kedah (MPSPK) diketuai oleh Encik Roslin Bin Bakar selaku Ketua Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Sg. Petani, Kedah bersama 20 orang pegawai dan pembantu penguatkuasa MPSPK yang terlibat.

Ketibaan rombongan disambut mesra oleh Encik Nurazam Bin Razali, Ketua Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan MBPG dan seterusnya dibawa melawat ke Galeri Pasir Gudang sebelum taklimat perkongsian maklumat dijalankan di Bilik Mesyuarat UTC, Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang.

Tujuan dan objektif lawatan kerja tersebut antara lain adalah untuk mengeratkan hubungan dua hala antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta sebagai medium perkongsian maklumat mengenai tatacara pengendalian dan operasi kerja-kerja penguatkuasaan.

Selari dengan objektif lawatan, MBPG turut memfokuskan perkongsian maklumat dan ilmu berkaitan bidang penguatkuasaan seperti SOP rampasan dan sitaan barang, tatacara penyimpanan barang dan tatacara pelupusan barang rampasan. Delegasi MPSPK turut dibawa melawat tapak ke Setor Penguatkuasa Penyimpanan Barang Rampasan MBPG bagi melihat dengan lebih dekat cara pengendalian barang rampasan secara fizikal.

Semoga lawatan ini dapat memberi manfaat kepada kedua belah pihak melalui perkongsian ilmu tersebut demi penambahbaikan masa hadapan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan awam terutama berkaitan penguatkuasaan undang-undang selari dengan piawaian dasar kerajaan.

MBPG merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak MPSPK di atas kesudian mengadakan kunjungan dan juga jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program.

#majlisbandarayapasirgudang

#bandarrayaindustridanpelabuhan

#dynamicpasirgudang

image