PROGRAM SUMBANGAN HARI RAYA UNTUK MANGSA BANJIR KAMPUNG CAHAYA BARU
29 Mac 2025, MBPG melalui Kelab Sukan dan Kebajikan MBPG telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan Hari Raya Aidilfitri kepada 200 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir di Kampung Cahaya Baru.
Sumbangan ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang, yang turut menyampaikan kata-kata semangat kepada para penerima dalam mendepani ujian ini.
Diharapkan sumbangan ini dapat membantu meringankan beban keluarga yang terjejas dan memberi sedikit kegembiraan dalam menyambut Syawal yang bakal tiba.
AGIHAN BAKUL REZEKI SYAWAL 2025 MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG
28 Mac 2025, MBPG dengan kerjasama Kelab Sukan & Kebajikan MBPG, ANULAE Cawangan MBPG, dan PUSPANITA MBPG telah mengadakan Program Agihan Bakul Rezeki Syawal 2025 sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan terhadap warga kerja MBPG, pesara, pelajar praktikal, MySTEP serta pekerja pembersihan yang bakal menyambut Syawal tidak lama lagi.
IHYA’ RAMADAN 1446H PASIR GUDANG 2025
16 Mac 2025, MBPG telah mengambil inisiatif menganjurkan Ihya’ Ramadan 1446H Pasir Gudang 2025 yang berlangsung di Masjid At-Taqwa, Taman Kota Masai, Pasir Gudang. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Ahli Majlis Kota Masai 3, JKPZ Kota Masai 3, dan Jawatankuasa Masjid At-Taqwa, Taman Kota Masai.
Program ini dirancang sebagai usaha untuk menyahut seruan melaksanakan kebaikan, khususnya dalam memberi makan kepada mereka yang berpuasa.
DATUK BANDAR PASIR GUDANG SANTUNI ASNAF
16 Mac 2025, Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang bersama Tuan Haji Mohd Norlisam bin Mohd Nordin, Pengurus Besar Korporat SWM Environment dan Yang Berbahagia Datin Masrita binti Masnun, Pengerusi Puspanita MBPG telah menyantuni golongan asnaf di Jalan Pulasan dan Jalan Delima, Taman Kota Masai.
Pihak SWM Environment telah menyumbangkan sebanyak 50 kotak bakul makanan kepada golongan asnaf.