Langkau ke kandungan utama

1. Apa yang dimaksudkan dengan cukai taksiran?

Cukai taksiran ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan yang terletak di dalam kawasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang seperti rumah kediaman, harta perniagaan (kedai, komplek, hotel dsbnya), harta perindustrian (kilang, perlabuhan dsbnya) dan tanah kosong (kosong tanpa bangunan, pertanian, tanah yang diberi kelulusan untuk tatasusunan.

2. Mengapa cukai taksiran dikenakan ke atas tanah oleh MBPG sedangkan ianya telah dikenakan cukai hasil oleh Pejabat Tanah?

Cukai tanah yang dikenakan ke atas setiap tanah menurut Kanun Tanah Negara 1966 adalah berdasarkan kepada hakmilik yang dilupuskan oleh Kerajaan Negeri mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara 1966; sedangkan Cukai taksiran yang dikenakan oleh MBPG adalah mengikut peruntukan di bawah Akata Kerajaan Tempatan 1976.

3. Bagaimanakah cukai taksiran ditentukan?

Cukai taksiran ditentukan berdasarkan formula berikut: Cukai taksiran = Nilai Tahunan X Kadar(%)

4. Berapakah kadar cukai taksiran dikenakan?

Kadar cukai taksiran yang telah ditetapkan adalah 0.20% hingga 0.85% mengikut jenis harta seperti industri, perdagangan, perumahan, pertanian dan tanah kosong.

5. Bolehkah pemilik membuat bantahan ke atas Nilai Tahunan tersebut?

Pemilik boleh membuat bantahan ke atas Nilai Tahunan tersebut dengan menghantar surat kepada Majlis. Setiap pemilik yang membuat bantahan akan diberi peluang untuk hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Cukai bagi mengemukakan alasan-alasan kepada bantahannya.

6. Bilakah bil-bil cukai taksiran akan dikeluarkan?

Bil - bil akan dihantar sebanyak dua kali setahun, iaitu dalam bulan Januari dan Julai.

7. Bilakah tempoh bayaran bagi bil-bil cukai taksiran?

Tempoh bayaran bagi bil-bil cukai taksiran adalah seperti berikut Setengah Tahun Tempoh Pembayaran Pertama 1hb Januari sehingga 28hb. Februari / 29 Februari Kedua 1hb Julai sehingga 31hb. Ogos

8. Dimanakah bil-bil cukai taksiran boleh dibayar?

Para pelanggan bolehlah membuat bayaran di lokasi-lokasi berikut :

  1. Kaunter bayaran di Pejabat Majlis Bandaraya Pasir Gudang
  2. Bank Islam
  3. Maybank2u
  4. CIMB Clicks
  5. Pos Online
  6. Standard Chartered
  7. Bank Simpanan Nasional
9. Bagaimana saya mahu membuat tempahan atau sewaan dewan Taman Mawar dan lain-lain kemudahan seperti khemah, kerusi dan meja milik MBPG?

Untuk tempahan sila hubungi Bahagian Pengurusan Harta, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta di talian 07-2547777 samb. 3200 atau 3207.

10. Bagaimana saya mahu membuat tempahan atau sewaan dewan (selain Taman Mawar) dan padang milik MBPG?

Untuk tempahan sila hubungi Jabatan Pembangunan Masyarakat di talian 07-2547777 samb. 3228 atau 3231

11. Bagaimanakah saya mahu membuat aduan kepada MBPG?
12. Bagaimanakah saya hendak menyemak status aduan saya?

Aduan boleh disemak secara online dengan memasukkan nombor aduan yang diberikan kepada anda semasa membuat aduan.

13. Apa yang perlu saya lakukan sekiranya jumlah wang tunggakan dalam bil diluar kemampuan saya untuk membayar?

Sekiranya bayaran penuh tidak dapat dijelaskan, maka dalam kes-kes tertentu bayaran ansuran boleh dilakukan.

14. Sekiranya sampah tidak diangkat mengikut jadual yang telah disediakan, bolehkah aduan dilakukan?

Ya. Aduan boleh dilakukan melalui saluran berikut:

  1. TolFree : 1 800 88 7472 (SISA)
  2. Portal AduanSisa : www.aduansisa.my
  3. Tel : 03 2245 9292
15. Apakah saluran yang boleh digunakan untuk membuat aduan, komen, teguran, cadangan dan pertanyaan kepada PPSPPA?

Saluran aduan yang boleh digunakan adalah seperti berikut :

  1. TolFree : 1 800 88 7472
  2. Emel : ppsppa@sisa.my
  3. Tel : 03 2245 9292
  4. Portal : www.aduansisa.my
  5. Facebook :Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
16. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan borang permohonan jawatan kosong?

Boleh di dapati dikaunter pejabat MBPG dan laman web MBPG apabila terdapat iklan jawatan kosong yang ditawarkan.

17. Bagaimanakah cara untuk memohon sesuatu lesen?

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang yang disediakan dan boleh didapati di kaunter bersepadu MBPG

18. Berapa lamakah sesuatu lesen premis itu diluluskan?

Dalam tempoh 1 jam sekiranya semua dokumen yang diperlukan telah lengkap.

19. Bagaimanakah sekiranya gagal untuk menjelaskan bayaran lesen?

Kelulusan lesen akan dibatalkan dan tindakan undang-undang akan diambil sekiranya perniagaan dijalankan tanpa lesen.

20. Bolehkah lesen dipindahmilik?

Boleh, tetapi setelah mendapat kelulusan bertulis dari pihak Majlis.

Jika maklumat ini tidak mencukupi, sila hubungi :-
 
 
Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta
Majlis Bandaraya Pasir Gudang
Aras 2, Menara Aqabah,
Jalan Bandar,81700 Pasir Gudang
Johor
 
No. Telefon : 07 254 7761/7817/7816