Bas Muafakat JOHOR
Mengenai Bas Muafakat Johor
Perkhidmatan Bas Muafakat Johor merupakan perkhidmatan bas yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui 4 Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat serta di kendalikan oleh Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ). Tujuan perkhidmatan ini diadakan adalah bagi mengurangkan kos sara hidup warganegara dan memberikan kemudahan serta meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam kepada rakyat di laluan-laluan yang telah dikenalpasti.
Perkhidmatan Bas Muafakat Johor diberikan secara percuma kepada seluruh warganegara. Laluan perkhidmatan Bas Muafakat Johor merangkumi 15 laluan di wilayah Iskandar Malaysia meliputi kawasan Johor Bahru, Johor Bahru Tengah, Pasir Gudang dan Kulai.
Sebanyak 30 buah bas akan dilengkapi dengan Sistem CCTV, GPS, Sistem Data Penumpang dan Kemudahan Internet Percuma (WIFI)
Bagi mendapatkan perkhidmatan Bas Muafakat ini, pengguna perlu mendaftar dan mendapatkan Kad Muafakat Johor.
Sistem Perkhidmatan Bas Iskandar Malaysia
Perkhidmtan Bas Iskandar Malaysia adalah sebuah usahasama diantara Kerajaan Negeri Johor dan Pasukan Pengangkutan Awam Iskandar Malaysia (PAIM) dibawah seliaan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan dikendalikan oleh syarikat-syarikat bas terpilih di Iskandar Malaysia.
Menerusi inisiatif ini, 34 buah bas telah disediakan bagi operasi di 16 laluan sosial sejak 19 Desember yang lalu – sekaligus menyediakan perkhidmatan kepada rakyat di kawasan – kawasan membangun di Iskandar Malaysia serta mewujudkan capaian kepada faedah – faedah sosial dan ekonomi bagi masyarakat sekeliling.
Dilengkapi dengan GPS dan CCTV serta dekendalikan oleh operator yang terpilih dan pemandu yang terlatih, Perkhidmatan Bas Iskandar Malaysia ini dijangka memberi perkhidmatan mudah capai yang efisyen, selesa dan selamat ke laluan – laluan sosial. Tumpuan diberikan ke atas kecemerlangan operator – operator bas yang akan dipantau secara berterusan bergariskan KPI yang telah disediakan oleh PAIM.
Khidmat Mesra Komuniti Selasa
Untuk Maklumbalas: Tel 1-800-88-3010
Syarikat Pengangkutan Maju Bhd Tel: 07-2370271 | Syarikat Kenderaan S&S Sdn Bhd Tel: 013-7771246 | Handal Indah sdn Bhd Tel: 07-3582244 Sms: 012-7178080 |
Laluan IM12 | Laluan IM13 | Laluan IM14 | Laluan IM15 |
Terminal Masai Terminal Pasir Gudang Darul Hanan Spg Tmn Bukit Dahlia Spg Tmn Cendana Tmn Cendana Spg Tmn Kota Masai TS Hotel Impian Scientex Politeknik Pasir Gudang Bulatan Heliconia Spg Kg Kopok baru Tmn Desa Rakyat | Kg Pasir Putih Kilang Beras Bernas L / isyarat Jln Pekeliling Jln Besar Hentian bas Tmn Air Biru Jln Perjiranan 9/5 Perumahan Bakti 2 Terminal Pasir Gudang Jln Masjid Esso Tmn Cendana Kip Mart Masai Terminal Masai | Terminal Masai KFC Bkt Dahlia Terminal Pasir Gudang Tasek Perdana Spg Bkt Dahlia Persiaran Cendana Lake Hill Persiaran Scientex 1 & 2 Nusa Damai | Terminal Pasir Gudang L / isyarat Jln Bandar Jln Keluli 10 Hitachi Chemical Spg Jln Keluli 10 / Jln Bandar L / isyarat Tmn Pasir Putih Sek Men Tmn Pasir Putih Jln Siakap 1 Masjid Tmn Pasir Putih Jln Ciku Tmn Kota Masai Jln Manggis Kota Masai Jln Pulasan Kota Masai Jln Kota Masai 2 Jln Tembikai Terminal Masai |
Syarikat Pengangkutan Maju Sdn. Bhd.
Syarikat Pengangkutan Maju Sdn. Bhd. telah memulakan perkhidmatannya di kawasan Pasir Gudang pada 1 Mac 1987. Perkhidmatan bas ini telah dapat memberi kemudahan kepada orang ramai terutamanya pekerja - pekerja kilang yang bekerja di kawasan - kawasan berhampiran. Untuk menambah kemudahan yang terdapat di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, sebuah perhentian teksi telah memulakan perkhidmatannya pada tahun 1993 untuk kemudahan orang ramai yang berkunjung ke Pasir Gudang. Dengan adanya perkhidmatan ini, laluan Pasir Gudang ke Masai, Johor Bahru dan kawasan - kawasan lain akan lebih mudah. Orang ramai mempunyai pilihan samada untuk menggunakan perkhidmatan teksi atau bas.
Hentian Bas dan Teksi
Bagi memberikan kemudahan dan keselesaan kepada pengguna bas dan teksi, hentian bas dan teksi baru telah dibina dan mula beroperasi pada Jun 2000. Dengan terbinanya hentian bas dan teksi ini sistem pergerakan bas dan teksi yang beroperasi menjadi lebih teratur. Hentian ini juga dilengkapi tempat menunggu berbumbung dan berdekatan dengan gerai makan di Kompleks Pusat Bandar.
Perkhidmatan Udara
Terminal Udara KLIA
Terminal Udara Sultan Ismail, Senai, Johor
Perkhidmatan Bas
Dari Kuala Lumpur ke Stesen Bas Pasir Gudang - Tambang RM 3+.++
Dari Pantai Timur ke Stesen Bas Pasir Gudang - Tambang RM 4+.++
Dari Terminal Bas Larkin, Johor Bahru ke Terminal Bas Pasir Gudang - RM5.00 ++,jarak perjalanan 30 KM (45 minit)
Perkhidmatan Teksi
Dari Terminal Teksi Larkin, Johor Bahru - 38 KM ( 30 minit hingga 45 minit )
Tambang Teksi - 1 tempat duduk - RM 11.00
Dari Stesen Teksi Pasir Gudang ke Terminal Teksi Pasir Gudang - 30 KM
Tambang Teksi - 1 tempat duduk - RM 3.00
Perkhidmatan Feri