Langkau ke kandungan utama

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS SETIAUSAHA MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG

11 November 2025, MBPG hari ini telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Setiausaha Majlis Bandaraya Pasir Gudang bertempat di Dewan Cempaka, Aras 20, Menara Aqabah.

Majlis ini menyaksikan penyerahan tugas antara Puan Nurul Ashikin binti Haji A. Jabar, Mantan Setiausaha MBPG yang kini dilantik sebagai Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi, dan Encik Ezlan Farid bin Mohd Said sebagai Setiausaha Majlis Bandaraya Pasir Gudang yang baharu.

TAHNIAH MBPG! TEMPAT KETIGA ANUGERAH PBT CEMERLANG KATEGORI BANDARAYA

8 November 2025, MBPG berjaya meraih Tempat Ketiga bagi Anugerah PBT Cemerlang (Kategori Bandaraya) sempena Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT (AKM KPKT) 2025 yang berlangsung pada 8 November 2025 di Hotel Majestic Kuala Lumpur.

Pengiktirafan ini mencerminkan kejayaan hasil kerjasama erat MBPG bersama rakan strategik, agensi kerajaan, swasta dan komuniti setempat yang sentiasa mendukung usaha memperkukuh pembangunan serta tadbir urus bandar raya.

MAJLIS SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) DAN ENVIROMENT FUN RUN PERINGKAT NEGERI JOHOR 2025

26 Oktober 2025, Enviro Fun Walk menjadi antara aktiviti utama sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Negeri Johor 2025 yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JAS Johor) dengan kerjasama MBPG bertempat di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Pasir Gudang pada hari ini.

JOM BERSIH SUNGAI BULUH SEMPENA HARI BERSIH KEBANGSAAN 2025

26 Oktober 2025, Program Jom Bersih Sungai Buluh sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Negeri Johor 2025 berlangsung di Sungai Buluh, Wisma Pelaut Pasir Gudang pada hari ini.

Yang Berhormat Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor turut hadir melawat Stesen Auto-Dosing Effective Microorganism (EM) serta menyempurnakan simbolik balingan mudball ke dalam Sungai Buluh.