Langkau ke kandungan utama

25 Mei 2025, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Pasir Gudang yang berlangsung di Dataran Mahkota, Pasir Gudang hari ini.

Keberangkatan tiba DYAM Pemangku Sultan Johor disambut oleh YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr. Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor serta YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang.

Majlis perasmian ini turut diserikan dengan kehadiran ribuan warga Pasir Gudang yang hadir memberi sokongan dan menyemarakkan lagi suasana Karnival TMIYC Pasir Gudang yang bermula semalam dan akan berlangsung sehingga esok.

Pembinaan TMIYC Pasir Gudang yang berkonsepkan pembangunan belia holistik ini merupakan hasil inisiatif Kerajaan Negeri Johor dalam menyediakan ruang interaktif, kreatif dan sihat kepada golongan muda, khususnya di kawasan selatan negeri Johor.

Majlis Bandaraya Pasir Gudang merakamkan setinggi-tinggi junjung kasih kepada DYAM Pemangku Sultan Johor atas keberangkatan dan perkenan mencemar duli merasmikan pusat belia ikonik ini.

PERASMIAN TMIYC THUMBNAIL