Langkau ke kandungan utama

17 Mei 2026, International Paintball Challenge Pasir Gudang Mayor’s Cup 2026 anjuran MBPG telah melabuhkan tirainya dengan penuh meriah selepas berlangsung selama tiga hari di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Pasir Gudang.

Kejohanan dengan kerjasama Malaysia Paintball League ini berjaya menghimpunkan penyertaan pasukan dari dalam dan luar negara sekali gus memeriahkan sambutan Tahun Melawat Johor 2026 serta memperkukuhkan Pasir Gudang sebagai lokasi penganjuran sukan bertaraf antarabangsa, bertepatan dengan semangat sambutan Hari Belia Negara 2026.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina Binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang dengan diiringi oleh Yang Berbahagia Encik Ezlan Farid bin Mohd Said, Setiausaha MBPG serta Yang Berbahagia Encik Abd Majid bin Sapihe, Timbalan Setiausaha MBPG.

Berikut adalah senarai pemenang bagi setiap kategori dipertandingkan : 

International Division

 1. MPS Odyssey 

2. MBIP Tigers 

3. Pro Dinamik 

4.  MP Muar Warriors 

Amateur Division 

1. Team APB (Johor) 

2. Hor Hor (Johor & SG) 

3. DOY (Johor) 

4. Project Syndicate (Johor)

Open Division 

1.  Nemesis Legion (KL) 

2.  Caliph’s Legion (KL) 

3.  Pirates (Johor) 

4.  Waxer Legion (Sarawak) 

Rookie Division 

  1.  MBPG Seekers 
  2. MPS Odyssey 
  3. MBPG Thunder 
  4. Jackals

Tahniah kepada semua pemenang dan peserta yang telah mempamerkan semangat kesukanan serta aksi terbaik sepanjang kejohanan berlangsung

PAINTBALL PIALA DB 2026 THUMBNAIL