Langkau ke kandungan utama

AHAD, 6/8/2023 - Pemantauan lawatan tapak berkaitan isu pencemaran bau di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama Sungai Tiram oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), YB Dato’ Asman Shah bin Abd Rahman telah dijalankan bersama-sama dengan beberapa petugas daripada Jabatan Kesihatan Awam, MBPG pada 4 Ogos 2023 Jumaat lepas.

Lawatan telah dijalankan di beberapa tapak aduan termasuk satu premis yang didapati tidak mempunyai lesen. Siasatan mendapati terdapat sisa-sisa minyak, aktiviti pembakaran minyak dan IBC tank, kerja-kerja welding besi dan aliran sisa mintak tanpa kawalan yang disyaki berkemungkinan menyebabkan punca pencemaran udara.

Sehubungan itu, MBPG telah mengambil tindakan mengeluarkan notis kawalan pencemaran kesalahan di bawah Akta 171 Seksyen 70 (a), Seksyen 74 dan Seksyen 81 (j) ke atas premis yang terlibat.

Pihak premis yang terlibat juga telah diarahkan untuk memberhentikan operasi serta merta dan tidak disyorkan untuk mendapat lesen MBPG selagi tidak mematuhi segala keperluan dan kehendak Bahagian Pelesenan MBPG.

Operasi pemantauan tersebut turut melibatkan Encik Mohd Hafiz bin Aliman, Setiausaha MBPG serta ketua-ketua jabatan terlibat iaitu Ketua Jabatan Kesihatan Awam Persekitaran dan Pelesenan, Ketua Jabatan Perancangan Bandar dan Lanskap, Ketua Jabatan Bangunan, Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, wakil Bahagian Penguatkuasa dan wakil-wakil jabatan yang lain.

#isupencemaranudara

#majlisbandarayapasirgudang

#bandarrayaindustridanpelabuhan

#dynamicpasirgudang

/mppg/pusat-media/galeri/lawatan-tapak-pencemaran-sungai-tiram