20 Januari 2026, Majlis Amanat Datuk Bandar Pasir Gudang 2026 telah diadakan bersama warga kerja MBPG sebagai wadah penyatuan hala tuju dan pengukuhan semangat kebersamaan organisasi bagi tahun baharu.
Dalam amanat Tahun Baharu 2026, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil menekankan keperluan budaya kerja yang lebih cekap, pantas, berinovasi dan berfokuskan hasil, berteraskan nilai amanah, integriti dan tanggungjawab.
Hala tuju MBPG bagi 2026 digerakkan melalui tiga teras utama:
• Bandar Pintar
• Bandar Lestari
• Bandar Berdaya Huni
Majlis turut diserikan dengan Penyampaian Anugerah dan Pencapaian MBPG 2025, serta penegasan peranan strategik MBPG dalam Johor–Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ) dan sokongan padu warga kerja dalam menjayakan Tahun Melawat Johor 2026 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Dengan semangat satu pasukan, satu MBPG, organisasi ini komited memacu pembangunan bandaraya yang mampan dan berdaya saing demi kesejahteraan rakyat.