Langkau ke kandungan utama

16/8/2023 YB. Dato’ Asman Shah bin Abd Rahman, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) pada hari ini telah berkesempatan menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Kibaran Jalur Gemilang Peringkat Pasir Gudang 2023

yang dianjurkan bertempat di Dataran Al-Hamra, Menara Aqabah.

Melalui upacara simboliknya beliau telah melaksanakan penyerahan Jalur Gemilang kepada Ketua Whip dan barisan ahli-ahli Majlis 24 zon MBPG selain turut menyerahkannya kepada ketua-ketua jabatan dan wakil-wakil jabatan kerajaan negeri dan persekutuan di Pasir Gudang. Beliau dan dif dif kehormat kemudiannya telah bersama-sama memasang Jalur Gemilang pada kenderaan-kenderaan jabatan yang terlibat.

Selain itu Datuk Bandar turut menyempurnakan Gimik Penyerahan Jalur Gemilang kepada konvoi bermotosikal MBPG yang diketuai oleh Tn Hj Abdul Malek Mohamed, Timbalan Setiausaha MBPG yang akan menjelajah 24 zon kawasan pentadbiran MBPG sekaligus melakukan misi promosi dan hebahan aktiviti-aktiviti kemerdekaan peringkat Pasir Gudang.

Konvoi dijangka akan kembali menjelang detik 31 Ogos jam 12.00 malam bersempena Majlis Perasmian Ambang Merdeka yang akan dianjurkan di Bukit Layang-Layang, Taman Bandar, Pasir Gudang.

Majlis turut dihadiri dan dijayakan bersama oleh Ahli Parlimen Tebrau, YB Jimmy Puah, Adun Permas, YB. Tn. Hj. Baharuddin Mohamed Taib dan Adun Tiram, YB. Tn. Hj. Azizul bin Hj. Bachok.

Semoga dengan kempen yang dianjurkan seperti ini dapat menyemarakkan lagi semangat jati diri serta cinta dan sayangkan tanah air yang merdeka ini dikalangan rakyat Malaysia.

#kempenkibaranjalurgemilangpg

#majlisbandarayapasirgudang

#bandarrayaindustridanpelabuhan

#dynamicpasirgudang

 

/mppg/pusat-media/galeri/majlis-pelancaran-kempen-kibaran-jalur-gemilang-peringkat-pasir-gudang-2023