Langkau ke kandungan utama

16/07/2023 YB Dato’ Asman Shah bin Abd Rahman, Datuk Bandar Pasir Gudang pada hari ini telah berkesempatan merasmikan Loji Rawatan Kumbahan Berpusat bertempat di Plo 566 Jalan Keluli 11, Pasir Gudang.

Setinggi-tinggi tahniah kepada pihak SJ holdings Sdn Bhd kerana merupakan yang pertama di Pasir Gudang membina loji rawatan kumbahan berpusat yang melibatkan lapan lot tanah berkeluasan 40 ekar atas pembangunan Taman Industri bersepadu di sepanjang Jalan keluli 11, kawasan perindustrian Pasir Gudang ini.

Pelaksanaan ini merupakan satu manifestasi dasar keprihatinan dalam bersama-sama menyokong hasrat dan perancangan pembangunan Pasir Gudang ke arah bandaraya mampan dan dinamik. Sebagai sebuah bandaraya pelabuhan dan industri, pembangunan Pasir Gudang memegang kepada dasar dan hasrat kerajaan negeri melalui konsep pelan pembangunan Mampan Johor 2030 iaitu bukan sahaja meliputi aspek ekonomi malah juga impak alam sekitar bagi mencapai visi Negeri Berprestasi Tinggi, Bangsa Johor Bestari.

Pembangunan ini akan menjadi model bagi konsep Taman Industri Moden pertama di Pasir Gudang yang mempunyai loji rawatan kumbahan berpusat sendiri bagi membolehkan air buangan dirawat terlebih dahulu sebelum dilepaskan ke sungai atau tempat lain tanpa membahayakan alam sekitar dan kesihatan manusia.

#majlisbandarayapasirgudang

#bandarrayaindustridanpelabuhan

#dynamicpasirgudang