11 Disember 2025, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) sekali lagi mencipta kejayaan membanggakan apabila Kumpulan NEXTGEN dari Unit Teknologi Maklumat MBPG diumumkan sebagai penerima Anugerah 4 Bintang sempena Majlis Penghargaan Inovasi Johor 2025 yang dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor bertempat di Holiday Villa Johor Bahru City Centre.
Pengiktirafan ini diberikan sebagai penghargaan terhadap kejayaan Kumpulan NEXTGEN menghasilkan inovasi berimpak tinggi yang menyokong agenda transformasi digital serta peningkatan kecekapan perkhidmatan di peringkat kerajaan tempatan.
Anugerah berprestij ini telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji On bin Jabbar @ Jaafar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia & Sukarelawan). Yang Berusaha Encik Ezlan Farid bin Mohd Said, Setiausaha MBPG telah hadir menerima anugerah tersebut bagi pihak MBPG bersama ahli-ahli Kumpulan NEXTGEN. MBPG turut menerima hadiah wang tunai berjumlah RM3,000.
Kejayaan ini mencerminkan usaha gigih serta dedikasi MBPG dalam memacu inovasi, transformasi digital dan penambahbaikan berterusan selaras dengan aspirasi Maju Johor dan nilai-nilai Malaysia MADANI.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh ahli Kumpulan NEXTGEN serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pencapaian bermakna ini.
