23 Ogos 2026, Kejohanan Bola Jaring Terbuka Piala Datuk Bandar Pasir Gudang 2026 anjuran Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) berlangsung meriah di Dewan Muafakat Taman Mawar, Pasir Gudang.
Penganjuran julung kali ini menghimpunkan pasukan bola jaring dari pelbagai latar untuk berentap dalam suasana penuh semangat kesukanan, persaingan sihat dan ukhuwah komuniti.
Lebih istimewa, Pasukan Eagle melakar sejarah sebagai juara Piala Datuk Bandar Pasir Gudang bagi acara bola jaring, sekali gus membawa pulang Piala Pusingan, Piala Iringan, medal serta hadiah wang tunai RM3,000.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang, dengan diiringi Yang Berusaha YM Ungku Ahmad bin YM Ungku Mohd Zakaria, Pengarah Jabatan Kesejahteraan Komuniti dan Pelancongan MBPG.
JOHAN ;
– PASUKAN EAGLE RM3,000 + Piala Iringan + Piala Pusingan + Medal
NAIB JOHAN ;
– PASUKAN MANTIS 22 RM2,000 + Medal
KETIGA ;
– PASUKAN ZERO RM1,000 + Medal
KEEMPAT;
– PASUKAN RAMPHAGE RM800 + Medal
Tahniah Pasukan Eagle atas kejayaan mencipta sejarah sebagai juara Piala Datuk Bandar Pasir Gudang!
Tahniah juga kepada semua pasukan yang telah memberikan aksi terbaik, menjunjung semangat kesukanan dan mencetuskan persaingan yang sihat sepanjang kejohanan.
Semoga penganjuran ini menjadi langkah pertama kepada lebih banyak kejohanan bola jaring, sekali gus mencungkil bakat baharu, memperkukuh jalinan komuniti dan menyemarakkan budaya bersukan di Pasir Gudang.