9 Ogos 2025, MBPG telah menyertai Bankuet Diraja Alumni UUM 2025 anjuran Pusat Alumni, Universiti Utara Malaysia, yang menghimpunkan para alumni bersama KDYMM Tuanku Canselor sebagai platform memperkukuh jaringan hubungan dan menyokong inisiatif wakaf bagi pembinaan Alumni Training & Learning Centre (ALTRAC) yang akan memberi manfaat kepada ekosistem pengajaran dan pembelajaran Universiti.
Majlis turut diserikan dengan keberangkatan DYMM Al Aminul Karim As Sultan Salehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tuanku Sultan Kedah, DYAM Raja Muda Kedah dan DYAM Tunku Mahkota Kedah.
Dalam majlis ini, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang, YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, selaku Alumni UUM (Sesi 2020–2022), telah menyampaikan sumbangan bagi mendokong usaha pembinaan pusat kecemerlangan tersebut.
Penyertaan MBPG ini mencerminkan komitmen sebagai rakan strategik universiti dalam memperluas pembudayaan ilmu, memacu pembangunan modal insan serta menyumbang kepada kemajuan sosial masyarakat selaras dengan aspirasi MBPG untuk mewujudkan komuniti berpengetahuan, berdaya saing dan lestari.
