Langkau ke kandungan utama

15/6/2023 Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) melalui Pasir Gudang Emergency Mutual Aids (PAGEMA) dengan jayanya pada hari ini telah dapat menganjurkan Program Mock Drill PAGEMA Senai Desaru Emergency Response Drill (SERD 2023). Program tahunan yang dianjurkan ini mendapat kerjsama dan kolaborasi pelbagai agensi kerajaan dan swasta antaranya Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, PDRM, , Jabatan Bomba dan Penyelamat, Senai Desaru Expressway (SDE), Shazman Transport, UNIKL, Multimodal Fright Sdn Bhd, Petronas Dagangan Berhad, Petron Malaysia, Shell Malaysia Trading, HAZMAT dan Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Senario kejadian berlaku di KM 47-48 di atas Jambatan Sungai Johor dimana 3 kod latihan kecemasan digunakan iaitu kecederaan, kebakaran dan tumpahan Kimia Heavy Glycol dan Diesel. Kerja-kerja menyelamat dilakukan akibat kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan di km 47 Lebuhraya Senai Desaru SDE (arah barat) dimana telah menyebabkan berlakunya kemalangan dan tumpahan bahan diesel 1000-liter dan bahan kimia heavy glycol 500 liter di atas jalanraya. Rentetan daripada rempuhan tersebut, seorang pemandu lori tangki petroleum telah mengalami kecederaan patah kaki serta tersepit di ruang pemandu, 5 orang penumpang bas telah mengalami kecederaan parah dan 10 orang daripadanya mengalami sesak nafas akibat terhidu bahan kimia serta cedera ringan. Keseluruhannya seramai 258 orang peserta telah terlibat dengan latihan kecemasan kali ini. ”Post Mortem” telah dilakukan sejurus selesai daripada acara latihan tersebut.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg Pn. Hajah Faridah Abd Hamid, Ketua Jabatan Khidmat Pengurusan selaku wakil rasmi Datuk Bandar MBPG bertempat di perkarangan parkir Plaza Tol Cahaya Baru. Turut hadir En. Jamal Abd Nasir Bin Taharim, Ketua Pegawai Eksekutif, Senai Desaru Expressway, En. Ginderpal Sigh, Pengarah Urusan Shaziman Transport Sdn.Bhd, En. Mohd Hasdey Bin Yaakob, CEO Multimodal Freight Sdn.Bhd dan Ts. Mazlan Bin Hj. Md Zahid, Timbalan Dekan UniKL.

#serd2023

#majlisbandarayapasirgudang

#bandarrayaindustridanpelabuhan

#dynamicpasirgudang