Langkau ke kandungan utama

28 Februari 2026, Program Bubur Lambuk Perdana Pasir Gudang 2026 berlangsung meriah di Masjid An-Nur dengan semangat gotong-royong yang cukup terasa.

Seawal pagi lagi, peserta daripada Ahli-Ahli Majlis MBPG, jabatan kerajaan dan bukan kerajaan serta Jawatankuasa Penduduk Zon turun padang bersama komuniti. Hasilnya, 30 periuk bubur lambuk berjaya dimasak dan diagihkan kepada masyarakat sekitar.

Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang turut meluangkan masa menyantuni peserta, beramah mesra dengan komuniti serta bersama-sama dalam simbolik pengagihan bubur lambuk. Suasana memang cukup santai, penuh senyuman dan ukhuwah.

Menariknya tahun ini, booth bertemakan tradisional turut memeriahkan suasana, bagi menghidupkan lagi aura Ramadan.

Pada sebelah petang, bubur lambuk turut diagihkan di sekitar bazar Ramadan Pasir Gudang.Bubur lambuk mungkin sederhana, tapi nilai kebersamaan itulah yang paling bermakna

BUBUR LAMBUK THUMBNAIL